PHNOM PENH: Impian pasangan pemain ping pong negara Javen Choong-Wong Qi Shen untuk meraih pingat emas lebur selepas tewas 1-3 kepada gandingan Singapura Izaac Quek-Koen Yew En Pang di pentas final Sukan SEA 2023 hari ini.
Pada saingan berlangsung di Dewan Ping Pong Morodok, Izaac-En Pang bermula cemerlang menewaskan pasangan negara 11-3 pada set pertama sebelum pasangan negara bangkit menyamakan kedudukan selepas menang set kedua 11-8.
Bagaimanapun, pasangan negara tersungkur pada dua set terakhir 8-11, 4-11 menyaksikan mereka terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, manakala Singapura membawa pulang emas.
Qi Shen ketika ditemui mengakui beliau tidak menampilkan corak permainan terbaiknya sepanjang aksi akhir hari ini sementara lawan mereka sangat bersedia untuk berdepan Malaysia.
Pada masa sama, Javen pula berharap dapat meningkatkan tempo permainan dan bermain corak pantas seperti lawan mereka, Singapura.
"Semua strategi kami hari ini tidak menjadi, mereka (Singapura) punya persiapan sangat bagus, kami akui kena dikuasai dengan mereka dari permulaan permainan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pingat perak diraih skuad negara adalah yang pertama dari acara beregu lelaki di temasya dwitahunan itu selepas tiga dekad. Kali terakhir pasukan negara meraih pingat pada edisi 1993 di Singapura menerusi Yong Hong Cheh-Khor Kok Seong.
Pada Khamis, Malaysia terlepas peluang meraih pingat emas sulung acara berpasukan wanita selepas tewas kepada juara bertahan Thailand 0-3.
Pada masa sama, gandingan wanita negara Alice Chang Li Sian-Im Li Ying meraih pingat gangsa selepas tunduk kepada wakil Singapura Zhou Jingyi-Wong Xin Ru 7-11, 5-11, 8-11 di separuh akhir.
Bagaimanapun, Singapura gagal meneruskan rentak cemerlang di peringkat akhir apabila tewas kepada pasangan Thailand Orawan Pranang-Suthasini Sawettabut 4-11, 13-15, 7-11.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023
Aksi regu Ping Pong negara Javen Choong (kanan) dan Wong Qi Shen (kiri) ketika menentang regu Singapura dalam perlawanan akhir ping pong regu lelaki pada Sukan SEA 2023 hari ini. - Foto BERNAMA
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ping pong B-19, B-15 lelaki cipta sejarah ungguli Kejohanan Remaja SEA 2024
Pada aksi final yang berlangsung di Arena Tan Sri Hamzah itu, menyaksikan skuad negara menewaskan Vietnam 3-0.
Saiz kontinjen ke Paris 2024 mungkin kecil daripada jangkaan
Saiz Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, berisiko menjadi lebih kecil berbanding beberapa edisi terdahulu selepas beberapa nama besar gagal melayakkan diri.
Chaoming akui sukar pertahan emas di Hangzhou
Beliau menjangkakan saingan sengit dari wakil Indonesia, China, Jepun dan Thailand yang dibarisi pemain baharu.
Ping pong: Malaysia terlepas lagi pingat emas beregu lelaki
Javen Choong-Wong Qi Shen tewas 1-3 kepada gandingan Singapura Izaac Quek-Koen Yew En Pang di pentas final Sukan SEA 2023 hari ini.
Skuad ping pong intai emas di Kemboja
Pemain ping pong negara Wong Qi Shen kini mengintai untuk memperbaiki pencapaiannya pada Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja yang dijadual berlangsung dari 5 hingga 17 Mei ini.
Sukan Komanwel: Impian Javen-Karen rangkul pingat emas musnah
Beregu negara itu kecundang 1-3 kepada pasangan dari India Sharath Kamal Achanta-Sreeja Akula.
Sukan Komanwel: Javen-Karen lakar kejutan mara ke final
Turun sebagai beregu bukan pilihan, tidak menghalang Javen-Karen untuk menampilkan prestasi cemerlang.
Birmingham 2022: Ho Ying tewas acara ping pong perseorangan wanita
Ho Ying tewas kepada pemain Australia, Liu Yangzi 13-11, 7-11, 5-11, 12-10, 4-11, 11-9, 7-11.
Malaysia pamer aksi meyakinkan pada pembukaan acara perseorangan
Ho Ying, satu-satunya wakil negara melalui tiga perlawanan, tidak menghadapi masalah mengekalkan rekod bersih dalam Kumpulan 14.
Sukan Komanwel: Ping pong wanita sumbang perak, beregu campuran badminton mara ke final
Skuad ping pong wanita negara tewas 0-3 kepada pasukan pilihan, Singapura, dalam final acara berpasukan wanita di Dewan NEC